Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya. Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da'wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da'wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da'wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da'wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da'wah.
"Hatiku milik siapa?"
Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan.Apakah dilema cinta yang dihadapi?Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,klik disini untuk download (source:akhwat-cyber2.blogspot.com)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)